Kelab Pencinta Haiwan Alor Gajah

Wednesday, August 11, 2004

Di antara khazanah-khazanah sejarah itu, iktibarnya adalah khazanah yang paling berharga, maka ambil iktibar semoga kau tidak sekali lagi terjebak ke lubang biawak.

Fa'tabiru Ya Ulil Albab.
Maka ambillah iktibar, wahai orang-orang yang berfikir.

Jika kau seorang yang suka mengambil iktibar, maka kau bacalah riwayat sedih ini, mudahan-mudahan mengertilah kau, masih ada ada harapan buat kau berundur, walaupun kedua-dua kaki kau sudahpun melangkah ke neraka. Aku tidak berharap dunia islam sekali lagi di cabar, cukuplah tiga kali muslimin menitiskan air mata di bawah kebodohan pemimpin pengampu dunia.

Akanku khabarkan kau riwayat orang-orang yang tertewas, kau bacalah dengan hati yang terbuka.. aku kira kau tahu siapa Sultan Akhbar, Sultan kerajaan Islam di India, Malah aku percaya kau pernah membaca kisah Sultan Agung 'Panembahan agung Senopati Ing Alogo Abdurrahman', Sultan Kerajaan Islam di Mataram, Tanah Jawa dan yang terakhir Sukarno, bung Karno, seorang negarawan, pemikir Pancasila buat kesatuan ummat Indonesia.Tahukah kau di mana titik pertemuan orang-orang ini? Aku gembira untuk menceritakan kepadamu wahai anak ulama' yang harum namanya buat kenang-kenangan hidup.

Mereka ini pemimpin-pemimpin yang tidak mengambil janji Allah sebagai pegangan dan tidak mampu menukarkan diri dan harta benda dengan syurga Allah. Sanggup menggadai agama, mengubahsuai agama untuk kepentingan diri kerana kedayusan mereka menghadapi cabaran suasana. Tahukah kau, kita ummat yang dimuliakan dengan Islam.

Sultan akhbar, mencipta ajaran sesat Din-Ilahi. Menyatukan Islam dengan Kristian, Hindu dan lain-lain kerana menyangka akan beroleh keuntungan dengannya. Pening dengan cabaran dan godaan semasa, mengambil jalan mudah keluar dari belenggu persoalan apakah agama atau kedudukan yang perlu di selamatkan? tetapi kenapa Islam yang dikhianati demi agama yang lain? Apakah jawapan kau di akhirat kelak wahai pemimpin?

Sultan Agung, kau pemimpin Islam Jawa. Aku kira umat Islam menaruh harapan kepada kau untuk mensucikan agama ini dari syirik kurafat di Jawa, dari kemelut kehinduan yang pekat melanda orang-orang islam jawa. Tetapi mengapakah kau mengkhianati agama, menyatukan islam dengan adat kehinduan untuk menyelamatkan takhta? Kenapa kau lemah menghadapi beberapa golongan yang keliru islam kerana adat? Kenapa kau mempergunakan islam untuk meraih sokongan beberapa golongan yang lain dari golongan ulama'? Apakah jawapan kau di akhirat kelak wahai pemimpin, mengkhianati Islam demi kepentingan adat?

Sukarno, pasti pusing kepalamu memikirkan kesatuan bangsa-bangsa Indonesia di period awal kepimpinanmu? Kau pemimpin islam hebat di nusantara ini, cuba menyatukan ummat Indonesia di bawah payung kebangsaan adalah kesilapanmu, wahai pemimpin! Agama kau khianati, Pancasila kau letakkan lebih tinggi daripada Al-Quran. Tidakkah kau tahu Islam pernah mempersaudarakan bangsa-bangsa di dunia ini di bawah satu akidah yang sama? Berapakah besarnya Indonesia itu berbanding dunia Islam yang lalu? Tahukah kau apa yang Prof. Dr. HAMKA katakan tentang dirimu? Katanya "Bung Karno pencipta Pancasila, mengakui bahawasanya Filsafat Pancasila bukanlah buatannya sendiri, tetapi rasa asli yang terpendam dalam jiwa raga bangsa Indonesia. Tetapi saat-saat terakhir, mulailah terdengar usaha beberapa golongan hendak menonjolkan Pancasila, bukan sahaja alat untuk mempersatukan, tetapi sebagai agama pula. Ada yang menyatakan bahawa Bung Karno adalah Nabi Pancasila. Umur agama buatan itu hanya sepanjang umur orang yang mencuba-cuba membuatnya, dan umur sejarah lebih panjang dari umur manusia". Kenapakah demi kesatuan yang kononnya boleh di dapati dengan pemikiran akalmu, kau mengkhianati Islam? Apakah jawapanmu kelak wahai pemimpin?

Sudah tenangkah pemikiranmu wahai anak ulama'? Janganlah demi pembangunan yang menjanjikan keuntungan dunia, kau mengkhianati Islam. Aku tahu selain daripada itu pasti pening kepalamu memikirkan akibatnya jika di labelkan pemimpin Islam yang mendokong suatu agama yang fanatic, terrrorisme dan berlaku ketat pada wanita. Janganlah bersifat lemah, kuatkan semangat kau, tinggikan Islam. Kau gagahilah jua demi janji Allah. Janganlah di lakar kembali sejarah yang menyedihkan itu, muslimin tidak mahu menangis lagi, janganlah cuba mengubahsuai Islam, mencipta sebuah agama yang sederhana, yang arah tujunya semata-matanya kepada pembangunan material, semata-mata mahu mengampu musuh-musuh Islam. Mahukah kau di bangkitkan di akhirat kelak sebagai Nabi Agama Baru Islam Hadhari? Sekali lagi kami, ummat Islam mengharap, janganlah khianati Islam kerana label yang di berikan kepada agama ini oleh musuh-musuh Allah.

luqman @ Wednesday, August 11, 2004 | |

Tuesday, August 03, 2004

Jika hari ini kau di takdirkan menjadi seorang saintis penyelidik yang pakar di dalam sesuatu bidang, maka kau perlulah bersyukur kepada Allah s.w.t dengan limpah kurnia ilmuNya kepada kau. Di harapkan dengan ilmu itu, menambahkan lagi kefahaman kau kepada kekuasaan Allah s.w.t dan menjadi hamba yang lebih bersyukur.

Di katakan saintis ini ada dua macam mutaakhir ini, pertama adalah golongan yang di dalam pengajian akademik, semata-mata mengkaji pemuliharaan, pemeliharaan dan keselamatan alam sekitar serta yang semakna dengannya. Keduanya golongan yang berusaha mengeluarkan produk-produk baru yang berguna kepada manusia, meningkatkan produktivitinya serta mengkomersialkan semahu-mahunya setiap pertemuan-pertemuan baru yang di temui samada terbukti baik kepada manusia amnya ataupun baik untuk keuntungan pelabur-pelabur yang melabur kepada penyelidikan mereka.

Jika kau di golongan pertama, aku sangat berterima kasih ke atas jasa kau selama ini, kau lantang mengatakan tidak kepada insinerator, kau mengesyorkan tanam semula balak, kau mengkaji penipisan ozon, kau memandang serius penangkapan ikan yang tidak terkawal di laut lepas dan tidur kau tak lena di saat wabak menyerang walaupun kau ribuan batu jauhnya.

Jik kau di golongan kedua, aku tetap berterima kasih kepada kau di atas jasa kau meningkatkan produktiviti susu lembu dan kemudahan lain yang telah kau sediakan untuk kami. Tetapi awaslah, kau begitu dekat dengan panggilan kemewahan dunia, aku bimbang jika kewarasanmu di kalahkan oleh keuntungan hasil penyalahgunaan ilmu yang kau ada. Kau perlu tahu kerosakan di darat dan di air hasil dari perbuatan tangan-tangan manusia, aku yang dhaif ilmu ini tak mampu melakukannya. Tetapi kau mampu melakukannya. Tangan kau mampu mencipta insinerator pengeluar dioxin, tangan kau mampu menghasilkan senjata biologi dan kimia malah janji-janji kau bisa membuatkan pemodal-pemodal rambang mata. Janganlah kerana keuntungan yang sedikit, kau melupakan keuntungan yang lebih afdal di akhirat kelak.

Kau yang di golongan kedua, janganlah sentiasa mendampingi pemerintah, jangan jadi seperti ulama'-ulama' jahat yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, mengelirukan apa sepatutnya tidak keliru dan menjadi barua kepada musuh-musuh Allah s.w.t. Kau buatlah apa yang perlu di buat, jangan berlebih-lebihan. Aku tidak mahu anak cucu kau nanti menjadi bahan cemuhan akibat perbuatan tangan kau. Aku tahu ada pemerintah sentiasa ingin mengambil kesempatan ke atas ilmu kau.

Kau golongan pertama, ilmu kau perlu selari dengan ilmu Allah yang mengesakanNya. Aku sentiasa takut jika kau terkeluar dari landasannya walaupun sebegitu banyak kebajikan kau lakukan. Bertanya kepada yang 'alim dalam soal agama, jangan kau pandang agama sesuatu yang berlainan daripada dunia. Solatlah sekalipun kau berada di hutan belantara dan tidak tahu di manakah Mekah berada.

Aku bukan menegur kau semata-mata. Malahan aku menegur diriku sendiri

luqman @ Tuesday, August 03, 2004 | |