Kelab Pencinta Haiwan Alor Gajah

Wednesday, July 07, 2004

Pemasyhuran Blog Dobot

Entry ini khas untuk memasyhurkan blog seorang kawan. Dobot: Kisah Terlampau Seorang Pengembiri merupakan blog milik seorang pengembiri yang berjaya. Mana-mana pemilik kucing yang menginginkan haiwan kesayangannya menjadi sida-sida perlulah melayari laman blognya. Dia memang berminat mana-mana praktik perubatan/surgeri untuk organ pembiakan. Walaupun begitu dia seorang yang penyayang terhadap haiwan.

Dia suka jika di panggil dengan nama dobot, walaupun begitu namanya yang sebenar adalah Mohd Dobot. Sekarang ini Dobot masih lagi merupakan pelajar Fakulti Perubatan Veterinar, anda akan dapat membayangkan kehidupannya yang terlampau itu melalui ruang foto pada blognya. Secara jujur saya mengatakan foto-fotonya agak menarik, mungkin kerana banyak gambar saya di sana. Melihat gambar-gambar itu benar-benar mendamaikan hati, mungkin kerana ada gambar saya di sana.

Peribadi dobot ini agak mulia, pernah saya terhilangkan tigerbalmnya di dalam tandas, tak pernah pun terkeluar dari mulut malah dari riak wajahnya sebarang tanda-tanda kemarahan, selain itu saya pernah mengambil nescafenya, krimer pekat manis(susu pekat), maggi, vanilla coke, roti dan lain-lain. Malah dia pernah membayarkan penggunaan komputer di cc untuk saya. Ciri-ciri sahabat sejati sudah di punyai olehnya, bertuahlah orang yang berdampingan dengannya. Dia seorang yang peka kepada perkembangan isu semasa malah tokoh yang di hormatinya adalah Tun Dr Mahathir Mohammad.

Itulah serba-sedikit pengenalan dobot secara jujur dari saya. silalah laman blognya

luqman @ Wednesday, July 07, 2004 | |



Kita Di besarkan Dengan Pengalaman
Apabila doktor bertanya kau tentang amalan pengambilan susu, jangan sesekali hilang keseimbangan pemikiran. Jika kau tidak pernah minum susu, katakanlah. Sebarang lawak seperti selalu minum teh susu, kopi susu, milo susu, horlick susu, tembikai susu ataupun susu getah perlulah di elakkan sama sekali, lebih-lebih lagi kalau mandi susu ataupun minum susu..er..er..tak payah cakaplah. Di depan doktor, lawak itu takkan menjadi walaupun kau berbakat membuat kelakar.

Aku tahu kau merasa gundah dengan soalan doktor itu, tetapi cubalah tenangkan diri, kau takkan di tempeleng dengan membuat pengakuan tak pernah berjumpa dengan susu seumur hidup sekali pun. Kau perlulah faham prosedur, anak muda seperti kita ini sering di rundung malang kerana tidak menjaga pemakanan. Soalan pertama doktor tanya susu, kedua penjagaan timing makan, selepas itu pengambilan sayur dan kalau dia rajin dia akan tunjukkan gambarajah segitiga pemakanan seimbang.

Berbalik kepada susu tadi, kau perlulah faham, nabi pun minum susu. Malah selain makanan-makanan orang arab yang lain, nabi mengkhususkan empat jenis diet iaitu susu segar, kismis, kurma dan air zamzam(mineral). Sebab(asbab) itulah badan Nabi S.A.W sihat dan mempunyai sifat fatanah yang wajib bagi nabi. Kau bukan saja menjadi sihat, malah otak kau juga cergas, cukup untuk memahami hisap rokok tak menyihatkan, tidak menambahkan kalsium kepada badan malah menguningkan lapisam kalsium kau(gigi).

Aku membuat kesimpulan, melalui nasihat-nasihat doktor, aku juga mampu melakukannya.
Pertama, minum susu, boleh InsyaAllah. Kedua, jaga timing makan. Ketiga makan sayur dan buah-buahan, boleh, saya akan cuba. Eh.. kenapa bersenam tak ada? Ohh.. nak sihat tak payah bersenam, okeylah kalau macam tu. Kalau macam tu, terpaksalah simpan lagi kasut jogging yang baru tu.

luqman @ Wednesday, July 07, 2004 | |

Friday, July 02, 2004

Apabila hari kau berlalu seperti yang kau harapkan, boleh jadi kau kehilangan seorang kawan. Contoh lebih khusus, jika kau seorang yang suka melihat bilik di kolej kediaman teratur dengan kemas, cuba kau perhatikan kalau-kalau bilik itu masih lagi kemas setelah seharian kau tinggalkan, maka hari itu kau mungkin kehilangan seorang rakan.

Ataupun sekurang-kurangnya hari ini kau merasa aman berbaringan tanpa sebarang rasa terancam kekemasan bilik kau itu, lalu kau ambil sebuah komik, kau baca dua tiga helai mukasurat dan kau campakkan sahaja komik itu tanpa memperdulikan kekemasan seperti hari-hari yang lalu. Biasanya hari-hari sebelumnya kau cuba menunjukkan contoh-contoh yang baik seperti meletakkan kembali barang yang di ambil demi mendidik rakan-rakan kau dalam soal kekemasan secara hikmah, walaupun rakan-rakan kau itu buat tak gheti.
Pastikan samada kau kehilangan seorang rakan hari ini yang kau rasa aman dengannya dan rakan kamu itu merasa aman melakukan kerosakan di bilik kau.

biasanya kau akan mengemaskan bilik itu selepas rakan-rakan kau pergi kerana lebih besar ertinya kehadiran rakan-rakan itu berbandingan kerosakannya kerana kau aman dalam keadaan itu. jadi, jika kau merasa hari ini kehidupan berlalu seperti yang kau harap-harapkan, kemungkinan kau kehilangan seorang kawan. Padahal hari inilah baharu kau sedar, bilik yang bersepah itu sebenarnya lebih baik daripada bilik yang kemas, jika mata hati kau cukup untuk menilai perkara yang jauh dari penglihatan zahir. kerana bilik yang bersepah itulah tandanya, jika kau lapar, masih ada lagi orang yang sudi mengeluarkan duit tanpa kisah, dan kau makan besar petang itu.

Bagaimanapun, jika kau kehilangan seorang kawan, mintalah dari Allah rakan yang lebih baik. Moga-moga Allah akan tunaikan permintaan itu.

luqman @ Friday, July 02, 2004 | |

Thursday, July 01, 2004

Cerita 1:
Tiba-tiba ketika bersarapan semalam, seseorang membangkit satu isu, bagaimana kalau kita menyiapkan final project menggunakan software pirate(word, powerpoint etc) kemudian berjaya mendapat A untuk projek itu seterusnya kita berjaya ber'graduate' dan akhirnya bekerja. Apakah kedudukan duit gaji kita pada waktu itu? Sahabat yang membangkitkan isu itu seorang pelajar master(kejuruteraan perisian). Saya tidak mampu untuk memberi respon, dunia software begitu asing bagi saya, saya kebiasaannya cuma menggunakan komputer rakan-rakan yang lain ataupun pergi ke cc untuk sebarang keperluan menggunakan komputer. Saya tidak berapa pasti, adakah kedudukan individu yang menjual, memiliki dan menggunakan software pirate sama kedudukannya seperti lanun cetak rompak untuk cd dan vcd?

Cerita 2:
Saya baru saja bersama rakan-rakan yang lain menyambut kedatangan seekor harimau, seekor racoon dan seekor monyet untuk kegunaan hari terbuka. Saya perhatikan di antara ketiga-tiga haiwan itu, hanya monyet sahaja yang memiliki badan yang agak kurus jika di nisbahkan dengan saiz badannya manakala dua haiwan lagi agak gempal. Memanglah begitu keadaannya, kerana hanya sangkar monyet saja yang di bekalkan sebiji bola takraw. Ini mengingatkan saya supaya rajin-rajin bersenam.

luqman @ Thursday, July 01, 2004 | |