Kelab Pencinta Haiwan Alor Gajah

Wednesday, June 23, 2004

Mula Belajar Lagi

Hari ahad yang lalu, kolej kediaman saya telah di huni semula oleh penghuni yang asal setelah hampir 3 bulan di huni oleh pelatih-pelatih PLKN.

Kawan-kawan yang cuai
-tinggalkan komputer dalam stor kolej
dialog satu: aik, tinggal printer aje?
dialog dua: mujur ada lagi monitor flat skrin aku ni.
dialog tiga: cepat PTPTN masuk, aku nak beli CPU.
dialog empat: macam mana aku nak buat laporan praktikal ni?

kawan-kawan yang tak cuai
-simpan barang dalam kotak(tiada barang berharga)
dialog satu: siapa pulak bukak kotak aku ni.
dialog dua: hmm..mcm mana barang-barang aku boleh berterabur?

bukan nak tuduh sesiapa buat..bukti di depan mata.

luqman @ Wednesday, June 23, 2004 | |

Friday, June 18, 2004

Perkara-perkara ni berlaku di kampung saya:

Dulu
Adik: Mak, kenapa nama burung tu burung gembala kerbau?
Mak: Cuba adik tengok kerbau kat tengah sawah tu, kan ada burung atas badan dia,
sebab itulah namanya burung gembala kerbau
Sekarang
Adik: Mak, sebab apa nama burung tu burung gembala kerbau?
Mak: Entah, Tak tahu pulak mak.
p/s: susah nak cari kerbau sekarang ni.


Dulu
Adik: Kenapa orang yang naik motor tu bawa senapang, abah?
Abah: Sebab orang tu nak pergi cari biawak
Adik: Biawak? Buat apa abah?
Abah: Buat makanlah....sedaappp! (cuba buat lawak)
Adik: eiiiiii....(geli)
Sekarang
Adik: Kenapa banyak sangat biawak lintas jalan ni, abah? Bangkai dia pun banyak
kat tepi-tepi jalan tu. Abah, itu ada satu kat tebing parit!
Abah: Entahlah, tak ada dah agaknya orang makan biawak sekarang ni.
p/s: kat kampung saya senang nak cari biawak.


Pagi
Adik: Ayah nak ke mana tu? Nak ikuttt!
Ayah: Nak pergi ke pekan, pergi pejabat pos.
Adik: Kenapa ayah pakai helmet?
Ayah: Kat pekan banyak polis, kalau tak pakai helmet nanti polis saman
Petang
Adik: Ayah nak pergi mana?
Ayah: Nak pergi hujung kampung, nak tengok sawah. Nak ikut ke?
Adik: tak nak lah. Kenapa ayah pakai helmet, kat sawah mana ada polis.
Ayah: kat kampung kita ni banyak pokok kelapa condong ke tengah jalan.
Kena hati-hati, takut kalau-kalau buah dia hempap kepala ayah.
Adik:Ooooo...nanti bawah air kelapa yer?
p/s: perkara ni perlu perhatian serius, terutama di jalan-jalan kampung. Bukan di kampung saya sahaja, di mana-mana pun ada.


Tengahari tadi
Adik: Abang, apa fasal lori Carlberg tu letak kat depan masjid.
Abang: Sebab pemandu dia nak solat jumaat la.
Adik: Kalau bawak lori Carlberg boleh sembahyang ke?
Abang: Boleh. Kan penaja rasmi euro 2004 tu. Adik tak tengok iklan kat TV8 ke?
p/s: tak ada kena-mengena. Cuma tak suka iklan euro tu.

luqman @ Friday, June 18, 2004 | |

Sunday, June 06, 2004

Best ke jadik doktor?

Benarlah firman Allah s.w.t.;
"Telah nyatalah berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk itu supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)". (Surah Al-Rum : 41)


Ianya bermula dengan tangan manusia menjadi sebab kerosakan bumi di sana-sini. Kerosakan ini mengakibatkan pelbagai jenis pencemaran, kesan pemanasan rumah hijau, tanah runtuh, penghasilan hidupan mikro yang termutasi dan kebal daripada sistem keimunan manusia serta kerosakan bukit dan hutan.

Kesihatan hasil daripada keseimbangan persekitaran, hidupan mikro dan penerimaan badan manusia. Tangan manusia sendiri yang merosakkan keseimbangan ini dengan menghasilkan persekitaran baru yang tidak mesra manusia, hasilnya kesihatan manusia semakin buruk berkadaran terus dengan masa. Di samping itu secara global manusia sudah menerima suatu cara hidup hampir sama, iaitu pemakanan yang tidak seimbang seperti makanan segera, penggunaan bahan kimia yang berleluasa, setiap hari manusia mengejar materialistik yang memberi kesan ‘stress’ terhadap jiwa manusia serta pergaulan bebas yang mengundang pelbagai risiko penyakit. Secara tidak sedar manusia mengundang keburukan pada badan mereka sendiri, semakin ianya pula merosakkan keseimbangan kesihatan yang di perlukan oleh mereka. Mengenai hidupan mikro, manusia umumnya pada hari ini bersetuju dengan bahaya yang di berikan oleh SARS, Selsema burung, HIV dan JE, betul atau tidak ada juga khabar angin yang mengatakan itu adalah hasil daripada tangan-tangan manusia yang tidak menjaga kebersihan ternakan, kebersihan makanan dan budaya pemakanan haiwan eksotik secara berleluasa serta kajian saintifik itu sendiri.

Sedar atau tidak, kesihatan menjadi agenda penting setiap negara di dunia. Manusia semakin keliru dengan apa yang berlaku, mereka sedar keadaan badan mereka yang semakin lemah, setiap hari diri juga mereka di buru ketakutan, resah menunggu tibanya hari mereka di sahkan menghidap suatu penyakit. Hasilnya, kajian dalam bidang perubatan dan ubat-ubatan menjadi suatu keperluan dan doktor menjadi tumpuan harian beribu-ribu manusia dalam sehari, sehingga hari ini Malaysia masih lagi kekurangan doktor.

Situasi ini menjadikan psikologi majoriti ibu bapa dan pelajar bersetuju bahawa kursus perubatan adalah kursus yang menawarkan masa depan yang cerah dan inilah punca 128 pelajar begitu mengharapkan kursus ini. Zaman tidak menipu, inilah zaman kita memerlukan begitu ramai doktor. Apa yang di lakukan oleh kita(baca:kerajaan yang di pilih rakyat)? Adakah cuma menyelesaikan masalah 128 pelajar ini? Tidakkah cuba bertanya diri apakah sebab kita memerlukan begitu ramai doktor sedangkan isu ini sendiri mendedahkan kepincangan yang bermula hanya daripada beberapa tangan manusia yang hanya di ajar untuk bekerja tetapi tidak di bangunkan jiwa, tidak di ddidik dengan nilai-nilai moral yang tinggi dan hanya mementingan keuntungan semata-mata. Tidakkah mereka tahu bahawa pernah di zaman kegemilangan masyarakat Al-Quran dahulu, para tabib di Madinah pernah tidak melakukan praktik rawatan selama dua tahun kerana masyarakat yang di didik oleh sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W menjalankan kehidupan yang sihat dan keperkasaan ummah lambang kekuatan Islam. Perlu di nilai kembali, apakah kita telah begitu ghairah hendak menjadi doktor sehingga tiada sedikit di hati kita beranggapan dunia tanpa keperluan yang mendesak terhadap doktor adalah lebih baik. Wassalam

luqman @ Sunday, June 06, 2004 | |



kalau manusia-manusia yang berkata, suasana pembelajaran di matrikulasi KPM dan yang mengikuti STPM berlainan, mereka memang betul. Tapi mereka akan salah jika berkata kualiti mereka-mereka yang cemerlang di matrikulasi berbeza dengan dengan mereka yang mengambil STPM. manusia yang cemerlang akan cemerlang di mana-mana kerana usaha dan kemahuan mereka akan memenuhi piawaian kecemerlangan di tawarkan kepada mereka.
semasa saya mengikuti kursus di matrikulasi dahulu, saya berjumpa terlalu ramai manusia-manusia yang cemerlang, bijak belajar, kuat belajar, semulajadi mempunyai kebijaksanaan yang tidak dapat saya bayangkan sebelum itu, mahir strategi menghadapi peperiksaan dan manusi-manusia yang termotivasi dengan suasana belajar di matrikulasi. Suasana belajar di matrikulasi juga agak padat, bermula lapan pagi dengan kuliah atau tutorial tiga, empat jam setiap hari dan petang pula kelas amali tiga jam empat hari seminggu. selalu sahaja kami mempunyai kelas malam untuk menggantikan pembelajaran yang tidak dapat di ajar dalam tempoh masa tertentu. setiap hari cuma belajar dan belajar tanpa kepastian masa depan kerana matrikulasi bukan seperti STPM yang akan di iktiraf sijilnya. layak di anggap cara belajar program yang paling sibuk di universiti dengan 25 jam kredit. Dalam setahun dan sebulan tempoh pembelajaran di matrikulasi cuma ada lebih kurang 7 minggu. Dalam keadaan itu jika kami di uji hanya dengan satu peperiksaan di akhir tempoh pembelajaran, saya pun tak tahu, di mana mahu kami curi masa untuk mengulangkaji kesemua ilmu-ilmu yang bertubi-tubi di berikan kepada kami setiap hari selama setahun sebulan itu. MUNGKIN RAMAI PELAJAR MATRIKULASI BERASA MATRIKULASI ITU MUDAH, TETAPI ADAKAH MEREKA SEDAR BAHAWA SUASANA DAN CARA PENGAJARAN MENYEBABKAN MEREKA BENAR-BENAR BERUSAHA DAN TERASA PEPERIKSAAN ITU MUDAH. maka orang-orang di luar matrikulasi terkesan dengan kecemerlangan pelajar-pelajar matrikulasi, manakala pelajar-pelajar matrikulasi menghebah-hebahkan kemudahan itu.
apa yang orang-orang lain fikir mengenai sekumpulan manusia yang di hijrahkan dan dikumpul di suatu tempat yang bersuasana pendidikan yang efektif dan berterusan. tidakkah terkesan di hati pelajar-pelajar ini kesedaran terhadap masa depan dan usaha yang perlu di curahkan terhadap masa depan mereka? hati saya terkesan, kerana pada masa itu saya berhijrah ke pulau pinang semata-mata untuk meneruskan pengajian dan lebih penting lagi untuk menyembuhkan kekesalan kerana ketidakcemerlangan dalam SPM.

luqman @ Sunday, June 06, 2004 | |

Wednesday, June 02, 2004

Saya menyangka dengan adanya kasut baru untuk berjogging, saya akan kembali bersemangat berjogging tiap-tiap hari. Maklumlah cuti semester, berat badan kena jaga, kalau tak nanti orang lain mati tak makan, kita pulak mati terlebih makan. Nampaknya masa lebih banyak di habiskan survey harga kasut, pilih kasut, pilih stokin dan lain-lain. Mak saya sudah dua tiga kali menyindir saya, katanya bila lagi nak pergi jogging, kalau rasa-rasa nak buat kasut tu perhiasan letaklah kat dalam almari buku tu.

Begitu juga, saya menyangka masa yang terluang cuti ni, apa salahnya kalau saya belajar bahasa jepun, dengan itu bolehlah saya menambah koleksi bahasa saya selain bahasa melayu dan bahasa inggeris. tapi nampaknya, masa banyak di habiskan mencari kamus, buku belajar bahasa jepun, keratan nihongo-gakuen majalah kreko, laman web belajar bahasa jepun. kali ini adik saya pula menyindir saya, katanya, aik, dah sebulan mula belajar huruf-huruf hiragana pun tak hafal?

Ada banyak lagi contoh 'hangat-hangat tahi ayam' yang saya lakukan dalam masa terluang ni, membuktikan tipikal manusia yang bakal mensia-siakan segala peluang yang di berikan. Tak sampai sebulan lagi, semester baru akan di buka, sekarang ini saya bercadang untuk memperbaiki lagi keputusan peperiksaan saya. Sekarang ini, tengah sibuk menghabiskan masa bertanya itu dan ini dengan sahabat-sahabat dan senior-senior. tetapi, adakah saya akan melakukan perkara seperti dua contoh di atas. Semester lepas penasihat akademik dah sindir-sindir saya jugak, katanya, kalau semester ini tak okey jugak, saya tukarkan kamu ke fakulti lain...gulp!

luqman @ Wednesday, June 02, 2004 | |