Kelab Pencinta Haiwan Alor Gajah

Wednesday, November 10, 2004

Kisah di sebalik tabir.
Apabila Prof Okouchi (The Great White Tower, TV8, Sabtu & Ahad, 6-7 petang) selaku ketua Panel Pemilihan Professor UH Naniwa meminta untuk mengadakan pengundian semula pada minggu hadapan, memang penulis tidak menjangkakan pengundian memang benar-benar di lakukan pada minggu depan ini. Biasanya di dalam drama, istilah 'minggu depan' boleh bermaksud 5 minit, setengah jam atau satu jam, iaitu masih lagi dalam satu episod yang sama. Fenomena istilah 'minggu depan' benar-benar bermaksud minggu depan agak jarang terjadi, terutamanya pada drama-drama jepun. Tetapi, sering terjadi kepada drama-drama latin, bahkan untuk mengisahkan perkara yang terjadi di dalam satu hari, drama itu boleh memakan masa berminggu-minggu, seperti yang terjadi drama Mis Tres Hermanas yang terdahulu.

Sejak tiga minggu yang lalu, apabila Prof. Okouchi mengumumkan sebarang bentuk mesyuarat yang akan di adakan pada minggu hadapannya, itulah yang akan terjadi, benar-benar penulis terpaksa untuk seminggu untuk mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya, rupanya aspek suspen yang di terapkan di sini adalah aspek menunggu, tahniah kepada TV8 yang turut membantu menjayakan kesuspenan tersebut.

Keputusan pengundian minggu yang terdahulu tiada keputusan majoriti yang memihak, Dr Kikukawa mendapat 11 undi manakala Dr Zaizen mendapat 12 undi yang cuma menyaksikan Dr Kasai terkeluar daripada pemilihan dengan 7 undi. Prof. Okouchi yang agak pelik itu mengarahkan pengundian semula akan di buat pada minggu hadapannya. Bagi pihak Dr Azuma ataupun Dr Uga, 7 undi profesor-profesor yang mengundi Dr Kasai bakal menentukan kemenangan mereka pada minggu hadapan, nak tahu apa yang akan terjadi?

Tunggu minggu hadapan.....hahahaha

luqman @ Wednesday, November 10, 2004 | |

Wednesday, August 11, 2004

Di antara khazanah-khazanah sejarah itu, iktibarnya adalah khazanah yang paling berharga, maka ambil iktibar semoga kau tidak sekali lagi terjebak ke lubang biawak.

Fa'tabiru Ya Ulil Albab.
Maka ambillah iktibar, wahai orang-orang yang berfikir.

Jika kau seorang yang suka mengambil iktibar, maka kau bacalah riwayat sedih ini, mudahan-mudahan mengertilah kau, masih ada ada harapan buat kau berundur, walaupun kedua-dua kaki kau sudahpun melangkah ke neraka. Aku tidak berharap dunia islam sekali lagi di cabar, cukuplah tiga kali muslimin menitiskan air mata di bawah kebodohan pemimpin pengampu dunia.

Akanku khabarkan kau riwayat orang-orang yang tertewas, kau bacalah dengan hati yang terbuka.. aku kira kau tahu siapa Sultan Akhbar, Sultan kerajaan Islam di India, Malah aku percaya kau pernah membaca kisah Sultan Agung 'Panembahan agung Senopati Ing Alogo Abdurrahman', Sultan Kerajaan Islam di Mataram, Tanah Jawa dan yang terakhir Sukarno, bung Karno, seorang negarawan, pemikir Pancasila buat kesatuan ummat Indonesia.Tahukah kau di mana titik pertemuan orang-orang ini? Aku gembira untuk menceritakan kepadamu wahai anak ulama' yang harum namanya buat kenang-kenangan hidup.

Mereka ini pemimpin-pemimpin yang tidak mengambil janji Allah sebagai pegangan dan tidak mampu menukarkan diri dan harta benda dengan syurga Allah. Sanggup menggadai agama, mengubahsuai agama untuk kepentingan diri kerana kedayusan mereka menghadapi cabaran suasana. Tahukah kau, kita ummat yang dimuliakan dengan Islam.

Sultan akhbar, mencipta ajaran sesat Din-Ilahi. Menyatukan Islam dengan Kristian, Hindu dan lain-lain kerana menyangka akan beroleh keuntungan dengannya. Pening dengan cabaran dan godaan semasa, mengambil jalan mudah keluar dari belenggu persoalan apakah agama atau kedudukan yang perlu di selamatkan? tetapi kenapa Islam yang dikhianati demi agama yang lain? Apakah jawapan kau di akhirat kelak wahai pemimpin?

Sultan Agung, kau pemimpin Islam Jawa. Aku kira umat Islam menaruh harapan kepada kau untuk mensucikan agama ini dari syirik kurafat di Jawa, dari kemelut kehinduan yang pekat melanda orang-orang islam jawa. Tetapi mengapakah kau mengkhianati agama, menyatukan islam dengan adat kehinduan untuk menyelamatkan takhta? Kenapa kau lemah menghadapi beberapa golongan yang keliru islam kerana adat? Kenapa kau mempergunakan islam untuk meraih sokongan beberapa golongan yang lain dari golongan ulama'? Apakah jawapan kau di akhirat kelak wahai pemimpin, mengkhianati Islam demi kepentingan adat?

Sukarno, pasti pusing kepalamu memikirkan kesatuan bangsa-bangsa Indonesia di period awal kepimpinanmu? Kau pemimpin islam hebat di nusantara ini, cuba menyatukan ummat Indonesia di bawah payung kebangsaan adalah kesilapanmu, wahai pemimpin! Agama kau khianati, Pancasila kau letakkan lebih tinggi daripada Al-Quran. Tidakkah kau tahu Islam pernah mempersaudarakan bangsa-bangsa di dunia ini di bawah satu akidah yang sama? Berapakah besarnya Indonesia itu berbanding dunia Islam yang lalu? Tahukah kau apa yang Prof. Dr. HAMKA katakan tentang dirimu? Katanya "Bung Karno pencipta Pancasila, mengakui bahawasanya Filsafat Pancasila bukanlah buatannya sendiri, tetapi rasa asli yang terpendam dalam jiwa raga bangsa Indonesia. Tetapi saat-saat terakhir, mulailah terdengar usaha beberapa golongan hendak menonjolkan Pancasila, bukan sahaja alat untuk mempersatukan, tetapi sebagai agama pula. Ada yang menyatakan bahawa Bung Karno adalah Nabi Pancasila. Umur agama buatan itu hanya sepanjang umur orang yang mencuba-cuba membuatnya, dan umur sejarah lebih panjang dari umur manusia". Kenapakah demi kesatuan yang kononnya boleh di dapati dengan pemikiran akalmu, kau mengkhianati Islam? Apakah jawapanmu kelak wahai pemimpin?

Sudah tenangkah pemikiranmu wahai anak ulama'? Janganlah demi pembangunan yang menjanjikan keuntungan dunia, kau mengkhianati Islam. Aku tahu selain daripada itu pasti pening kepalamu memikirkan akibatnya jika di labelkan pemimpin Islam yang mendokong suatu agama yang fanatic, terrrorisme dan berlaku ketat pada wanita. Janganlah bersifat lemah, kuatkan semangat kau, tinggikan Islam. Kau gagahilah jua demi janji Allah. Janganlah di lakar kembali sejarah yang menyedihkan itu, muslimin tidak mahu menangis lagi, janganlah cuba mengubahsuai Islam, mencipta sebuah agama yang sederhana, yang arah tujunya semata-matanya kepada pembangunan material, semata-mata mahu mengampu musuh-musuh Islam. Mahukah kau di bangkitkan di akhirat kelak sebagai Nabi Agama Baru Islam Hadhari? Sekali lagi kami, ummat Islam mengharap, janganlah khianati Islam kerana label yang di berikan kepada agama ini oleh musuh-musuh Allah.

luqman @ Wednesday, August 11, 2004 | |

Tuesday, August 03, 2004

Jika hari ini kau di takdirkan menjadi seorang saintis penyelidik yang pakar di dalam sesuatu bidang, maka kau perlulah bersyukur kepada Allah s.w.t dengan limpah kurnia ilmuNya kepada kau. Di harapkan dengan ilmu itu, menambahkan lagi kefahaman kau kepada kekuasaan Allah s.w.t dan menjadi hamba yang lebih bersyukur.

Di katakan saintis ini ada dua macam mutaakhir ini, pertama adalah golongan yang di dalam pengajian akademik, semata-mata mengkaji pemuliharaan, pemeliharaan dan keselamatan alam sekitar serta yang semakna dengannya. Keduanya golongan yang berusaha mengeluarkan produk-produk baru yang berguna kepada manusia, meningkatkan produktivitinya serta mengkomersialkan semahu-mahunya setiap pertemuan-pertemuan baru yang di temui samada terbukti baik kepada manusia amnya ataupun baik untuk keuntungan pelabur-pelabur yang melabur kepada penyelidikan mereka.

Jika kau di golongan pertama, aku sangat berterima kasih ke atas jasa kau selama ini, kau lantang mengatakan tidak kepada insinerator, kau mengesyorkan tanam semula balak, kau mengkaji penipisan ozon, kau memandang serius penangkapan ikan yang tidak terkawal di laut lepas dan tidur kau tak lena di saat wabak menyerang walaupun kau ribuan batu jauhnya.

Jik kau di golongan kedua, aku tetap berterima kasih kepada kau di atas jasa kau meningkatkan produktiviti susu lembu dan kemudahan lain yang telah kau sediakan untuk kami. Tetapi awaslah, kau begitu dekat dengan panggilan kemewahan dunia, aku bimbang jika kewarasanmu di kalahkan oleh keuntungan hasil penyalahgunaan ilmu yang kau ada. Kau perlu tahu kerosakan di darat dan di air hasil dari perbuatan tangan-tangan manusia, aku yang dhaif ilmu ini tak mampu melakukannya. Tetapi kau mampu melakukannya. Tangan kau mampu mencipta insinerator pengeluar dioxin, tangan kau mampu menghasilkan senjata biologi dan kimia malah janji-janji kau bisa membuatkan pemodal-pemodal rambang mata. Janganlah kerana keuntungan yang sedikit, kau melupakan keuntungan yang lebih afdal di akhirat kelak.

Kau yang di golongan kedua, janganlah sentiasa mendampingi pemerintah, jangan jadi seperti ulama'-ulama' jahat yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, mengelirukan apa sepatutnya tidak keliru dan menjadi barua kepada musuh-musuh Allah s.w.t. Kau buatlah apa yang perlu di buat, jangan berlebih-lebihan. Aku tidak mahu anak cucu kau nanti menjadi bahan cemuhan akibat perbuatan tangan kau. Aku tahu ada pemerintah sentiasa ingin mengambil kesempatan ke atas ilmu kau.

Kau golongan pertama, ilmu kau perlu selari dengan ilmu Allah yang mengesakanNya. Aku sentiasa takut jika kau terkeluar dari landasannya walaupun sebegitu banyak kebajikan kau lakukan. Bertanya kepada yang 'alim dalam soal agama, jangan kau pandang agama sesuatu yang berlainan daripada dunia. Solatlah sekalipun kau berada di hutan belantara dan tidak tahu di manakah Mekah berada.

Aku bukan menegur kau semata-mata. Malahan aku menegur diriku sendiri

luqman @ Tuesday, August 03, 2004 | |

Wednesday, July 07, 2004

Pemasyhuran Blog Dobot

Entry ini khas untuk memasyhurkan blog seorang kawan. Dobot: Kisah Terlampau Seorang Pengembiri merupakan blog milik seorang pengembiri yang berjaya. Mana-mana pemilik kucing yang menginginkan haiwan kesayangannya menjadi sida-sida perlulah melayari laman blognya. Dia memang berminat mana-mana praktik perubatan/surgeri untuk organ pembiakan. Walaupun begitu dia seorang yang penyayang terhadap haiwan.

Dia suka jika di panggil dengan nama dobot, walaupun begitu namanya yang sebenar adalah Mohd Dobot. Sekarang ini Dobot masih lagi merupakan pelajar Fakulti Perubatan Veterinar, anda akan dapat membayangkan kehidupannya yang terlampau itu melalui ruang foto pada blognya. Secara jujur saya mengatakan foto-fotonya agak menarik, mungkin kerana banyak gambar saya di sana. Melihat gambar-gambar itu benar-benar mendamaikan hati, mungkin kerana ada gambar saya di sana.

Peribadi dobot ini agak mulia, pernah saya terhilangkan tigerbalmnya di dalam tandas, tak pernah pun terkeluar dari mulut malah dari riak wajahnya sebarang tanda-tanda kemarahan, selain itu saya pernah mengambil nescafenya, krimer pekat manis(susu pekat), maggi, vanilla coke, roti dan lain-lain. Malah dia pernah membayarkan penggunaan komputer di cc untuk saya. Ciri-ciri sahabat sejati sudah di punyai olehnya, bertuahlah orang yang berdampingan dengannya. Dia seorang yang peka kepada perkembangan isu semasa malah tokoh yang di hormatinya adalah Tun Dr Mahathir Mohammad.

Itulah serba-sedikit pengenalan dobot secara jujur dari saya. silalah laman blognya

luqman @ Wednesday, July 07, 2004 | |



Kita Di besarkan Dengan Pengalaman
Apabila doktor bertanya kau tentang amalan pengambilan susu, jangan sesekali hilang keseimbangan pemikiran. Jika kau tidak pernah minum susu, katakanlah. Sebarang lawak seperti selalu minum teh susu, kopi susu, milo susu, horlick susu, tembikai susu ataupun susu getah perlulah di elakkan sama sekali, lebih-lebih lagi kalau mandi susu ataupun minum susu..er..er..tak payah cakaplah. Di depan doktor, lawak itu takkan menjadi walaupun kau berbakat membuat kelakar.

Aku tahu kau merasa gundah dengan soalan doktor itu, tetapi cubalah tenangkan diri, kau takkan di tempeleng dengan membuat pengakuan tak pernah berjumpa dengan susu seumur hidup sekali pun. Kau perlulah faham prosedur, anak muda seperti kita ini sering di rundung malang kerana tidak menjaga pemakanan. Soalan pertama doktor tanya susu, kedua penjagaan timing makan, selepas itu pengambilan sayur dan kalau dia rajin dia akan tunjukkan gambarajah segitiga pemakanan seimbang.

Berbalik kepada susu tadi, kau perlulah faham, nabi pun minum susu. Malah selain makanan-makanan orang arab yang lain, nabi mengkhususkan empat jenis diet iaitu susu segar, kismis, kurma dan air zamzam(mineral). Sebab(asbab) itulah badan Nabi S.A.W sihat dan mempunyai sifat fatanah yang wajib bagi nabi. Kau bukan saja menjadi sihat, malah otak kau juga cergas, cukup untuk memahami hisap rokok tak menyihatkan, tidak menambahkan kalsium kepada badan malah menguningkan lapisam kalsium kau(gigi).

Aku membuat kesimpulan, melalui nasihat-nasihat doktor, aku juga mampu melakukannya.
Pertama, minum susu, boleh InsyaAllah. Kedua, jaga timing makan. Ketiga makan sayur dan buah-buahan, boleh, saya akan cuba. Eh.. kenapa bersenam tak ada? Ohh.. nak sihat tak payah bersenam, okeylah kalau macam tu. Kalau macam tu, terpaksalah simpan lagi kasut jogging yang baru tu.

luqman @ Wednesday, July 07, 2004 | |

Friday, July 02, 2004

Apabila hari kau berlalu seperti yang kau harapkan, boleh jadi kau kehilangan seorang kawan. Contoh lebih khusus, jika kau seorang yang suka melihat bilik di kolej kediaman teratur dengan kemas, cuba kau perhatikan kalau-kalau bilik itu masih lagi kemas setelah seharian kau tinggalkan, maka hari itu kau mungkin kehilangan seorang rakan.

Ataupun sekurang-kurangnya hari ini kau merasa aman berbaringan tanpa sebarang rasa terancam kekemasan bilik kau itu, lalu kau ambil sebuah komik, kau baca dua tiga helai mukasurat dan kau campakkan sahaja komik itu tanpa memperdulikan kekemasan seperti hari-hari yang lalu. Biasanya hari-hari sebelumnya kau cuba menunjukkan contoh-contoh yang baik seperti meletakkan kembali barang yang di ambil demi mendidik rakan-rakan kau dalam soal kekemasan secara hikmah, walaupun rakan-rakan kau itu buat tak gheti.
Pastikan samada kau kehilangan seorang rakan hari ini yang kau rasa aman dengannya dan rakan kamu itu merasa aman melakukan kerosakan di bilik kau.

biasanya kau akan mengemaskan bilik itu selepas rakan-rakan kau pergi kerana lebih besar ertinya kehadiran rakan-rakan itu berbandingan kerosakannya kerana kau aman dalam keadaan itu. jadi, jika kau merasa hari ini kehidupan berlalu seperti yang kau harap-harapkan, kemungkinan kau kehilangan seorang kawan. Padahal hari inilah baharu kau sedar, bilik yang bersepah itu sebenarnya lebih baik daripada bilik yang kemas, jika mata hati kau cukup untuk menilai perkara yang jauh dari penglihatan zahir. kerana bilik yang bersepah itulah tandanya, jika kau lapar, masih ada lagi orang yang sudi mengeluarkan duit tanpa kisah, dan kau makan besar petang itu.

Bagaimanapun, jika kau kehilangan seorang kawan, mintalah dari Allah rakan yang lebih baik. Moga-moga Allah akan tunaikan permintaan itu.

luqman @ Friday, July 02, 2004 | |

Thursday, July 01, 2004

Cerita 1:
Tiba-tiba ketika bersarapan semalam, seseorang membangkit satu isu, bagaimana kalau kita menyiapkan final project menggunakan software pirate(word, powerpoint etc) kemudian berjaya mendapat A untuk projek itu seterusnya kita berjaya ber'graduate' dan akhirnya bekerja. Apakah kedudukan duit gaji kita pada waktu itu? Sahabat yang membangkitkan isu itu seorang pelajar master(kejuruteraan perisian). Saya tidak mampu untuk memberi respon, dunia software begitu asing bagi saya, saya kebiasaannya cuma menggunakan komputer rakan-rakan yang lain ataupun pergi ke cc untuk sebarang keperluan menggunakan komputer. Saya tidak berapa pasti, adakah kedudukan individu yang menjual, memiliki dan menggunakan software pirate sama kedudukannya seperti lanun cetak rompak untuk cd dan vcd?

Cerita 2:
Saya baru saja bersama rakan-rakan yang lain menyambut kedatangan seekor harimau, seekor racoon dan seekor monyet untuk kegunaan hari terbuka. Saya perhatikan di antara ketiga-tiga haiwan itu, hanya monyet sahaja yang memiliki badan yang agak kurus jika di nisbahkan dengan saiz badannya manakala dua haiwan lagi agak gempal. Memanglah begitu keadaannya, kerana hanya sangkar monyet saja yang di bekalkan sebiji bola takraw. Ini mengingatkan saya supaya rajin-rajin bersenam.

luqman @ Thursday, July 01, 2004 | |

Wednesday, June 23, 2004

Mula Belajar Lagi

Hari ahad yang lalu, kolej kediaman saya telah di huni semula oleh penghuni yang asal setelah hampir 3 bulan di huni oleh pelatih-pelatih PLKN.

Kawan-kawan yang cuai
-tinggalkan komputer dalam stor kolej
dialog satu: aik, tinggal printer aje?
dialog dua: mujur ada lagi monitor flat skrin aku ni.
dialog tiga: cepat PTPTN masuk, aku nak beli CPU.
dialog empat: macam mana aku nak buat laporan praktikal ni?

kawan-kawan yang tak cuai
-simpan barang dalam kotak(tiada barang berharga)
dialog satu: siapa pulak bukak kotak aku ni.
dialog dua: hmm..mcm mana barang-barang aku boleh berterabur?

bukan nak tuduh sesiapa buat..bukti di depan mata.

luqman @ Wednesday, June 23, 2004 | |